Saturday, 7 December 2013

Big Bad Wolf kinda aftermath.

There are (lots of) times where I was mentally capturing your image; the way you pursed your lips, stretching your arms/body, the way you made (embarrassingly cute) faces and sounds, and there and then I was reminded of how much I love you so much that I even go even further imagining your older-bald-and-grey-hair version and I ask myself, will I love you the same way as I do now? Will I love your hair and skin and everything you are then as I do now?

And yet, as always,
I will.

Friday, 29 November 2013

Im sorry

I hurt you. God knows how much i am sorry.

I even think that I'm turning into an ugly person and,

It has to stop.

Sunday, 3 November 2013

Distractions

In between arguments i can't help but noticing how much i like your mustache.

And in between your  words of justification, anger, explanation, i can't help but staring at your lips and wonder how come you have a pair of beautiful lips but i don't. and how much i adore them.

I'm sorry but i can't help noticing these little things about you that makes me wonder why i started the argument at the first place.

Wednesday, 16 October 2013

Along the lines

I am back to those days when I parked my car and stay for a little while in the car, enjoying the sunset. Reminiscing good times and the bad times and thinking about what ifs and what donts.

That explains why i cant stand sunset too much eventhough i love it so much.

Sunset makes me sad.

Separation Anxiety

It is always about how I miss you and how I can't keep myself calm without you anywhere near me.

Dear Darling,

When I'm writing this you are far up north and I'm here, having another round of sleepless night.

..

..

I'm at loss of words.
I just know that I miss you.
So very badly.

Counting days, hours, seconds to our reunion.

Friday, 4 October 2013

Detach

Mungkin kadang-kadang, belangkas pun tahu bosan.

Monday, 23 September 2013

Night wanders

I never really realized how much I missed those moments when we jumped up in the car and ride to nowhere, wandering around town, lost in our own language of silence and enjoying every bit of it.

The lights, the smell of the car, the roads.. and having you beside me.. those memories are priceless. In the end, these memories I have that matters the most in the end, when I don't have anything else left for me in this world.

And having you with me now, that's the greatest gift God have given to me since my Mother and my Brothers.

And I long to live the rest of my life with you.

I remember when we first excited imagining our life as a husband and wife; the unplanned date, unplanned trip to beaches..

And I can't help but to stare at you all the time back then.

Sunday, 22 September 2013

Come to rescue

I'm used to being hurt all the time, swallow everything that has been thrown at me, and I'm used to keeping everything to myself. I don't speak of how much you have hurt me, how much of what you are doing actually hurts me, I just don't talk about it. Because I knew it all along that's the price I have to pay to be a person who capable of to understand other people. Of bearing all the pain. And I knew that's the price I have pay too because of what I did to you, not once, twice, thrice but countless times.

That phase I'm done and through with.

On this day, when the sun is setting and I'm clueless of what you are doing, this same setting, this weather, reminds me of too many hurtful things that happened around this hour. And I don't want to remember all that.

And that's where you come to rescue. I just need to embrace this beautiful setting the God has created for us to enjoy, to have it to our fullest. To remember the beauty of it. And to make the best memories out of it.

I might not have any money, I don't have any luxuries in life but I have you. You are all that matters to me.

All these while, I'm trying to create the best memories about us. That's the only treasure that I can keep with me, for the rest of my life.

On this day, when the sun is setting, you once again come to my rescue.

Saturday, 21 September 2013

Missing You

I'm not accustomed to be without you, one of these days
Darling

Friday, 13 September 2013

Tick Tock

Counting hours. Anytime now.
The first miracle out of two.

The beginning of it all.

Happy birthday, yayang :)

Monday, 26 August 2013

Sunday, 25 August 2013

On maturity and realization.

You know how great it is to keep things to yourself when you speak almost about nothing to people; and how much you realized that these things you're keeping private are the best thing to do.

You don't merely go to social media and tell people about something that is very personal.

Do you.

Tuesday, 20 August 2013

On great poems.

It takes a great whole life of a person to come out with a poem.

It's not easy.

It involves cities one have visited, it involves years of struggling and discoveries, it takes friendly neighbourhood, past events-

It really is not that easy.

In between those beautiful lines,
Lies a story that no one could ever retell.

Saturday, 10 August 2013

Buntu

selalu aku sering termenung.
di mana salah aku.
di situ? di sana?
dan aku akan ambil masa berhari-hari, cuba memberikan yang jitu.
keputusan yang sempurna.

kadang aku termanggu.
di mana kurangnya lagi.
aku kah? apa kah?
kemudian aku cuma mampu mengutuk di dalam hati tentang kekurangan aku, sambil berperang cuba mengabaikan segala kutukan oleh aku.

sering aku tertanya.
kenapa. kau tak rasa macam aku?
sesal. insaf. kecewa.

benci diri sendiri, melukai.

aneh. kerana ingin dilabel misteri jauh sekali, bukan juga kuantum fizik sains.

dan aku mula persoalkan diri aku.

setiap kali jadi begini, aku buntu. gembirakah melukai orang lain kalau bukan insan yang aku sendiri sangat hargai,
mampukah aku menyakiti mereka?

dan aku padang ke arah lelaki dalam cermin, yang keliru. kenapa aku yang masih dipilih, kalau bukan aku sebab untuk kau berubah?

aku kemudian kembali menyeksa diri dengan seribu tanda tanya.

bila aku lihat manusia yang sibuk menjalankan rutin, aku menambah soalan dibenak aku. mereka juga khilaf, seperti aku. seperti dia. apa yang mereka lakukan untuk mengelakkan benda yang sama berulang?

berubah, jawab teman peperangan jiwa aku. lalu dikaitkan dengan bait kata karamallah hu wajhah.

“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam”

satu hari aku tekad. aku cuma ada dia. aku tak mahu buat dia seksa. dan aku tahu aku rela, sebagai ganti. aku tak mahu dia tersenyum tetapi  dia meraung. aku tak mahu aku  tersenyum kerana kesalahan aku. aku tak mahu dia tersiat siat dengan hirisan ketidak pedulian aku. kebebalan aku.

aku akhirnya jumpa jawapan aku.

tuhan, bodoh untuk aku buat begini, bukannya menadah tangan,  menekan nekan cermin bercahaya pula. cuma aku tak mampu mengadu dengan merintih; jatuh saki baki kekuatan aku. aku lega tanpa riak wajah andaikata aku tak perlu merintih, memuntahkan titisan titisan kekuatan aku, at least not now.

susah untuk aku minta benda yang berulang, tapi kau bantu lah aku. kau tahu aku lemah. kuatkan hati aku. bantu hambamu yang

buntu.

Sunday, 4 August 2013

Symphony

"Buat apa lagi tu?" Suara Ibu memecah keheningan malam. Mata aku yang terpana melihat video Joe Penna itu serta merta mengalihkan fokus ke arah pintu bilik aku.

"Youtube bu. Stop motion mamat ni buat memang lawak lah bu." Sambil aku menerangkan kepada Ibu, aku tekan space-bar keyboard tanpa wayar G710 Logitech aku. 

"Hish buat apa tengok video macam tu? Berfaedah ke?"

"Dari Johan tengok video tak elok bu.."

"Tak bosan ke duduk depan komputer tu Johan.."

Aku mengalihkan pula pandangan aku ke arah monitor 24' aku. Sebab aku bosan gila la aku lepak depan PC ni.. Naik mati kutu aku tak tau nak buat apa dekat rumah ni. Sunyi gila!

"Johan bosan bu.."

"Takde benda lain ke nak buat selain komputer tu nak hilangkan bosan.. Kamu tahu tak banyak lagi cara nak hilangkan bosan kamu tu Johan? Tak habis-habis dengan komputer kamu tu. Tengok si Firdaus anak aunty Jamilah tu. Rajin dia pergi main badminton dekat court tu.." Eleh, itu pun nasib baik kalau dia pergi sana. Kalau tak pergi snooker, pergi rumah mak ayam.. 

"Cuba kamu usaha sikit.. ini duduk depan komputer, tak nampak produktif langsung! Anak kawan Ibu, si Shazwan tu, anak Datin Nur. Masuk surat khabar, syarikat dia dah berjaya menembusi pasaran Filipina.. Awak tu depan komputer je! Bila lagi Ibu nak tengok anak ibu masuk surat khabar?" Amende yang best sangat masuk surat khabar? Ibu, syarikat tu syarikat bapak dia, amende yang dia usaha sangat tu? Aku usaha nak beli PC tu sendiri, tak usaha? 6k aku habiskan okey? Takkan tak de usaha langsung kot..

"Johan, kamu dengar tak ni?!" 

"Dengar bu.. Dengar.." Tapi mata aku masih melekat di skrin Samsung aku.

"Kamu cuba fikir kalau takde komputer tu apa kamu boleh buat untuk hilangkan bosan kamu tu Johan.. "

"Baiklah ibu.. Nanti Johan fikirkan okay.."

"Ibu nak tengok nanti Johan buat something about this okay?"

"Baik ibu.."

Seraya pintu ditutup, aku menekan butan replay. Banyak benda aku lepas tadi. Haih. But then again baru-baru ni MysteryGuitarMan ni dah tak se uhm yang dulu. I wonder why. Maybe sebab dia dah bosan buat video kot? Takde idea, jadi recycle idea lama campur itu ini sikit then setel masalah? Mungkin..

Dan aku terdetik. Betul jugak kata Ibu. Kalau aku bosan dengan komputer ni apa patut aku buat?

Sambil aku melayari laman Youtube, aku tiba-tiba terpandang video suggestion di sebelah kanan skrin aku. Ha'ah kan.. Benda ni waktu kecik-kecik dulu rajin betul tengok.. Comel je Cuddles, Flippy, Lifty, Shifty dengan Mime ni.. 

Serta-merta tangan aku menekan video tersebut. Bermula satu video, kemudian ke satu lagi video. Tidak mengikut turutan, kadang-kadang tergelak sakan melihat telatah mereka. 



You take a mortal man,
And put him in control
Watch him become a god
Watch peoples heads a'roll
A'roll...


*****


"Abang, adik dah balik.."

"Hah, balik pun adik. Sekolah macam mana?"

"Macam biasa lah, cikgu bagi banyak homework.. Ini bukan cuti sekolah, macam extended sekolah cuma takde cikgu je.. Leceh betul la bang.." Adik aku ni berumur 16 tahun, tapi dia ambil SPM. Budak loncat PTS la katakan..

"Memang, lagi-lagi Cikgu Ramli, kalau boleh setiap exercise dalam buku teks Add Math tu dia nak bagi kan?" Kenal sangat aku dengan Cikgu Ramli tu, memang dengki budak-budak ada cuti agaknya.

"Ha'ah bang.... Sakit hati Ana.. Kejam gila cikgu tu.. Eh, abang buat apa ni? Kenapa komputer tu dah abang asing-asingkan? Abang nak pindah rumah ke?"

"Eh pindah gi mana pulak.. Nak pulak ibu ayah bagi Abang keluar rumah.. "

"Ye tak ye kan.. Hehe.. Sabar eh bang.. Nanti Ana belajar rajin-rajin, score macam Abang, dapat la fly ke mana-mana, bebas la sikit. Takmau masuk IPTA macam Abang.. nanti jadi macam ni.." Sambil melebar bibir Ana. Comel je budak ni.

"Hah bagus la tu, sampai hati tinggal Abang sengsorang kat rumah ni.. "

"Eh ibu ayah kan ada.. Ha tak bagitau lagi, kenapa cabut PC abang ni? Kalau tak macam awek dah PC abang ni, makan pun sesame.."

"Abang dah bosan dah dengan PC ni.. Jadi ingat nak buat something.. Ana nak tengok?"

"Em boleh gak, jap Ana taruk beg dalam bilik jap eh.."

"Hah okay.. Nanti dah mandi apa semua, Ana turun lah eh.."

"Tak mandi kot, tak sabar nak tengok apa plan Abang Ana ni.. Mesti best, macam selalu"

Aku senyum je sambil tengok Ana berlari anak mendaki tangga. Comel adik aku ni. I think she get the best from both world. Nampak kejelitaan yang dia warisi dari Ibu, dan kehematan yang diwarisi oleh Ayah, lagi-lagi Ibu Ayah pandai, memang pandai la dia ni.. Sejuk hati Ibu Ayah aku kan.. Tak macam aku.

Lalu aku kembali mengemas mouse dan headphone SteelSeries aku.


Just like the Pied Piper
Led rats through the streets
We dance like marionettes
Swaying to the Symphony 
...Of Destruction


*****


"Ayah dah baaaaaliiiikkkkk~~" Terkejut aku. Fuh. Hah pulang pun Ayah. Baru tengah fikir pasal Ayah, dah sampai. Cepat jugak Ayah balik harini

"Awal balik Ayah? Takde meeting ke? Selalu sebelum maghrib baru sampai.."

"Hahaha, mesti lah balik awal! Harini Ayah nak bawak Ibu kamu pergi date okay? It's our 25th anniversary tau!" Tersengih aku melihat semangat Ayah aku.

"Eh sunyi je, mana si Ana?"

"Oh Ana, ade ha dalam bilik Johan.."

"Bilik Johan eh? Kamu ajar dia buat Physic ke? Ke ajar dia main Need For Speed ni hm?"

"Eh tak.. PC Johan dah cabut dah.. Bosan.."

"Oh yeke.. Nak buat apa dengan PC tu nanti?"

"Haha, ni la, Ana tengah tolong Johan ni Ayah.."

"Hm.. Curious pulak Ayah, jap eh Ayah masuk bilik kamu. Anaaaa, tunggu Ayah!"

"Eh kata nak pergi date, Ibu nya mana? Pergi la mandi dulu.."

"Mandi kemudian la, Ibu pergi Giant beli barang jap. Ayah tengok jap eh.."

"Hah yolah. Nanti kalau Ayah taknak pergi date jangan salahkan Johan.."

"Ish takleh jadi ni, hah yelah Ayah tengok kejaaappp je okay?"

"Ikut suka Ayah lah.. Johan dah bagi warning.." Tanpa menoleh, Ayah meluru ke atas, ke arah bilik aku. Semangat betul Ayah.


*****

"Sayang sorry lambat! Tadi kereta saya kena block dengan kereta Kancil mana ntah.. Nasib baik saya hafal plat nombor dia yang.. Kereta Negeri Sembilan kot, double digit plat dia.. Eh yang?"

"Ayah dalam bilik Johan ni bu, dengan Ana" Jerit aku dari dalam bilik. Ibu ni memang, dia balik je memang laju je cakap dia. Tak perasan dunia dah.

"Ayah kamu ni lambat lagi ke? Yang!"

"Kejap lah bu, Ayah dengan Ana tengah tolong saya ni, Ibu tolonglah bagi cepat sikit Ibu pergi candle light dinner dengan Ayah!" Aku melontarkan suara aku lagi. Malas rasa nak turun tangga 2 tingkat semata-mata nak cerita semua benda ni. Pandai la Ibu.

"Hah yelah, Ibu bersiap dulu, kamu bagitau Ayah cakap kalau lambat Ibu tinggal"

"Okay bu!"


Acting like a robot
Its metal brain corrodes
You try to take its pulse
Before the head explodes
Explodes...


"Yang, cepat lah!" Sambil pintu bilik aku Ibu ketuk. Aduh.. Bisinglah!

"Tak kunci ibu, masuklah!"

"Yang, saya dah lapar ni.. Yang?" Ibu tekan butang lampu. Bilik aku diterangi lampu kalimantang.

"Ya Allah Johan apa kamu buat ni??!" Ibu perlahan rapati dua jasad yang terbujur kaku, satu di atas katil, satu lagi di tepi katil, bermandikan kolam merah.

"Saya cuma gunakan balik komputer saya ibu.. Ibu yang suruh saya fikirkan apa yang patut saya buat, kan..? Cuma saya tak tahu nak buat apa.. "

"Kenapa kamu buat macam ni Joh--" Lidah Ibu kelu apabila dia melihat aku mengangkat desktop aku, tinggi melangit, menutupi cahaya lampu kalimantang.

"Sebab, kan saya dah bagitahu.. saya bosan bu."


The earth starts to rumble
World powers fall
A'warring for the heavens
A peaceful man stands tall
Tall...

Saturday, 27 July 2013

After Effect. #1

Dan macam tu je aku akan kembali menyelami bahagian hati aku yang jauh ke dalam, kelam dan suram menakutkan aku yang pernah selalu bergelumang di sana. Dan kali ini aku akan lebih bersedia harapnya, dan (harap-harap) mempunyai tali yang menambat aku dari terus hanyut dalam khayalan dadah yang wujud dalam hati aku sendiri. Tuhan tolong kuatkan hati aku bila aku termenung ke bulan, menembusi fizikal yang cerah itu, terus ke kegelapan langit larut malam.

Saturday, 20 July 2013

Saya tak boleh tidur. #2

Hati, bila dah bulat, kental.
Macam bumi.

Tapi hari hari diserang sampah angkasa.
Juga serpihan planet lain, kadang-kadang.
Istimewanya bumi, punyai lapisan pendinding sebagai pertahanan diri.
Perkenalkan, Encik Ozon.
Pertahanan terakhir seketul bumi, dari asakan luar,
mengancam bumi, merosakkan bumi.

Sesekali, serangan yang maha hebat gagal disekat Encik Ozon.
Hidupan yang dominon di bumi bertukar.
Menjadi seperti yang ada sekarang, khalifah muka bumi.
Satu benda menjadi ingatan.
Parut itu akan kekal.

Kadang-kadang manusia tu pelupa.
Maaf.
Selalu, manusia lupa.
Bumi ini tugas mereka jaga.
Alpa.
Leka.
Gembira.

Mereka sendiri merosakkan bumi yang mereka amat perlukan.
Yang membolehkan mereka terus hidup.

Mereka sendiri menghakiskan Encik Ozon, sekaligus menipiskan pertahanan terakhir bumi.

Sedangkan asakan dari luar tak pernah kurang.

Walaupun manusia bijak,
Menakrifkan bahawa akan ada meteor yang cukup besar untuk menghancurkan kediaman mereka.
Namun mereka seolah-olah, tidak berkeinginan mempertahankan bumi.

Seolah-olah mereka pasti mereka mampu hidup tanpa bumi.

Dan bumi hanya mampu bulat.

Menahan asakan demi asakan untuk menjaga keharmonian, ironinya, penjaganya.

Serpihan dari merata segenap cakerawala bersedia mengentam bumi.

Batu batu kecil bersaiz 500 meter dipecahkan, menjadi ketulan kecil.
Seterusnya dipecahkan lagi.
Dan lagi.
Sehingga menjadi debu yang tidak lagi memberi amcaman.
Kadang-kadang manusia lupa.

Pengakhirannya setiap benda akan ada penamat.
Tamatnya riwayat bumi ni apabila meteor besar bakal menghentam bumi.
Memecahkan fizikal bumi.
Dan bumi tinggal nama.
Atau matahari mencapai usia yang muktamad.
Lalu sebagai jantung bimasakti, berhenti berfungsi.

Tetapi kenapa nak musnahkan bumi sebelum tarikh luput?

Hentikan lah merosakkan bumi. Ini rayuan aku. Cukuplah.

Biarlah manusia dan bumi saling menjaga antara satu sama lain.

Biarlah bumi selesa membenarkan manusia mendiaminya.

Biarlah bumi dan manusia duduk, melihat batu angkasa, jatuh terbakar, indah menghiasi hidup seharian.

Biarlah.
Korang faham tak aku takleh tidur?

Saturday, 29 June 2013

Laluan Memori; Tentang Books on Books.

Ada kerinduan yang berbisik jauh dari dalam lubuk hati; ada masa-masanya aku rindukan kesunyian tenggelam dalam helaian-helaian kertas sedang aku duduk membungkam, tenggelam dalam perasaan, ketika aku ingin lari dari kesunyian dalam penantian.

Ada masa-masanya aku terbau-bau helaian kertas buku-buku yang pernah aku baca, secara rawak, secara tiba-tiba. Semasa kesunyian adalah teman paling rapat aku. Mungkin, sekadar mengingatkan tentang nikmat adanya kamu, sekarang.

Friday, 14 June 2013

Lamunan #2

Ada puisi aku yang berlarian dalam kepala saat kesibukan mengejar, mengekor, langsung tidak bersimpati pada kita yang hanya mampu mencuri nasib dalam kesempatan, antara selang selang masa yang ada. Kerinduan yang menggunung seiring hela nafas tidak tertancap dengan kata-kata. Apakan lagi yang harus kita buat, sayang?

Thursday, 13 June 2013

Lamunan #1

Berhadapan dengan komputer dan laptop sebiji, tak termasuk di meja sebelah yang tinggal menunggu untuk dibaiki, saya duduk, hanya memandang kosong ke hadapan. Dengan sekali sekala angin dari kipas yang menyapa, ingatan kepada kamu berlarian selari dengan nafas saya.

Dari kejauhan, saya memegang awak dengan minda saya. Awak tak tahu betapa rindunya saya.

Tuesday, 11 June 2013

muhibbah spirit.

it was 1999 I think, the first time I heard about Wawasan 2020.
it was futuristic, with flying cars and flying skateboards.
and the Ah Chong, Raju and Ali will live happily and peacefully.
said Puan Rohayu, my bahasa teacher, quoting the then Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
when she tell us to write about Bangsa Malaysia and Wawasan 2020.
to be exact when I asked too many questions about those visions of our 4th PM.
I always asked too many questions when I was a kid.
I stopped asking when I started to think about the questions myself.
Puan Rohayu gave us a lot of homework especially if it's Raya Holiday.
never heard of her at all after I moved to Rawang in 2000.
in fact I never heard of any of my schoolmates of SKSHAS class of 1997.

anyways.

back then in school we had a game
played during recess called pepsi cola.
i think most of us knew this game
of course until today it's a mystery why the game is called pepsi cola.

pepsi cola is basically a game where we try to step other's white chalked bata shoes
with one try. and after the try, you cannot move your leg. but if you stepped a person's shoes, you can continue try again to another person.

i have a friend, vinodh is his name.
he's a rich boy and i find him quite intimidating eventhough he's friendly.
i think it's because of his height.
and because of that, too he's a heck of a 'pepsi cola' player.

lim kar seng was another regular player in my class.
he's a veteren with a quick feet despite having quite big stature.
then again, everyone is tall for me during my school days.
damn.

and then there's me.
small, yet i have a great advantage,
my shoes are black. a very important aspect to the game,
because my mom won't find out my shoes are dirty.
then again shes always busy with her works it's impossible for her to notice my shoes pun.

we always step on each other shoes, happily.
most importantly what i want to say is we all had fun playing 'pepsi cola'.
i guess that is what bangsa Malaysia, and 1 Malaysia (what they call now) is all about.

stepping on each other without reasons and call it fun.

well. it was.. until the bell rings.

Friday, 7 June 2013

Saya tak boleh tidur. #1

some people that i've met said i'm extra-ordinary. i'm not a psychic. i can assure you, i'm plain as fuck. just the same guy who'll bump your shoulder when we were trying to get out of the human traffic jam inside a shopping mall.

i just think. yes, to think, is easy. even a small kid can produce thoughts. it's just whatever the small kid produce might have been ridiculous, that's all. what i'm doing is learning how to think. learning how to think, is what will produce skeleton to a thoughts. the skeleton or in a simpler word, a structure is what will shape your thought, and without that structure you as an amalgamation of thoughts can be just shapeless.

people answer questions when they think. and sometimes you can read them from the way they answer questions. you can try to argue with them, i'll ask questions for example. and someone who gives an answer without a structure will eventually lost inside his own points. 

but there's a difference between reading and judging. read, don't judge. because you're not perfect either.

oh, my first post here and it's a serious post. ya tuhan..

Thursday, 6 June 2013

Bismilllah, pembuka kata.

Meraikan kesatuan dari erti kata lain.
Cheers to 3 years of awesomeness and togetherness.