Sunday, 4 August 2013

Symphony

"Buat apa lagi tu?" Suara Ibu memecah keheningan malam. Mata aku yang terpana melihat video Joe Penna itu serta merta mengalihkan fokus ke arah pintu bilik aku.

"Youtube bu. Stop motion mamat ni buat memang lawak lah bu." Sambil aku menerangkan kepada Ibu, aku tekan space-bar keyboard tanpa wayar G710 Logitech aku. 

"Hish buat apa tengok video macam tu? Berfaedah ke?"

"Dari Johan tengok video tak elok bu.."

"Tak bosan ke duduk depan komputer tu Johan.."

Aku mengalihkan pula pandangan aku ke arah monitor 24' aku. Sebab aku bosan gila la aku lepak depan PC ni.. Naik mati kutu aku tak tau nak buat apa dekat rumah ni. Sunyi gila!

"Johan bosan bu.."

"Takde benda lain ke nak buat selain komputer tu nak hilangkan bosan.. Kamu tahu tak banyak lagi cara nak hilangkan bosan kamu tu Johan? Tak habis-habis dengan komputer kamu tu. Tengok si Firdaus anak aunty Jamilah tu. Rajin dia pergi main badminton dekat court tu.." Eleh, itu pun nasib baik kalau dia pergi sana. Kalau tak pergi snooker, pergi rumah mak ayam.. 

"Cuba kamu usaha sikit.. ini duduk depan komputer, tak nampak produktif langsung! Anak kawan Ibu, si Shazwan tu, anak Datin Nur. Masuk surat khabar, syarikat dia dah berjaya menembusi pasaran Filipina.. Awak tu depan komputer je! Bila lagi Ibu nak tengok anak ibu masuk surat khabar?" Amende yang best sangat masuk surat khabar? Ibu, syarikat tu syarikat bapak dia, amende yang dia usaha sangat tu? Aku usaha nak beli PC tu sendiri, tak usaha? 6k aku habiskan okey? Takkan tak de usaha langsung kot..

"Johan, kamu dengar tak ni?!" 

"Dengar bu.. Dengar.." Tapi mata aku masih melekat di skrin Samsung aku.

"Kamu cuba fikir kalau takde komputer tu apa kamu boleh buat untuk hilangkan bosan kamu tu Johan.. "

"Baiklah ibu.. Nanti Johan fikirkan okay.."

"Ibu nak tengok nanti Johan buat something about this okay?"

"Baik ibu.."

Seraya pintu ditutup, aku menekan butan replay. Banyak benda aku lepas tadi. Haih. But then again baru-baru ni MysteryGuitarMan ni dah tak se uhm yang dulu. I wonder why. Maybe sebab dia dah bosan buat video kot? Takde idea, jadi recycle idea lama campur itu ini sikit then setel masalah? Mungkin..

Dan aku terdetik. Betul jugak kata Ibu. Kalau aku bosan dengan komputer ni apa patut aku buat?

Sambil aku melayari laman Youtube, aku tiba-tiba terpandang video suggestion di sebelah kanan skrin aku. Ha'ah kan.. Benda ni waktu kecik-kecik dulu rajin betul tengok.. Comel je Cuddles, Flippy, Lifty, Shifty dengan Mime ni.. 

Serta-merta tangan aku menekan video tersebut. Bermula satu video, kemudian ke satu lagi video. Tidak mengikut turutan, kadang-kadang tergelak sakan melihat telatah mereka. 



You take a mortal man,
And put him in control
Watch him become a god
Watch peoples heads a'roll
A'roll...


*****


"Abang, adik dah balik.."

"Hah, balik pun adik. Sekolah macam mana?"

"Macam biasa lah, cikgu bagi banyak homework.. Ini bukan cuti sekolah, macam extended sekolah cuma takde cikgu je.. Leceh betul la bang.." Adik aku ni berumur 16 tahun, tapi dia ambil SPM. Budak loncat PTS la katakan..

"Memang, lagi-lagi Cikgu Ramli, kalau boleh setiap exercise dalam buku teks Add Math tu dia nak bagi kan?" Kenal sangat aku dengan Cikgu Ramli tu, memang dengki budak-budak ada cuti agaknya.

"Ha'ah bang.... Sakit hati Ana.. Kejam gila cikgu tu.. Eh, abang buat apa ni? Kenapa komputer tu dah abang asing-asingkan? Abang nak pindah rumah ke?"

"Eh pindah gi mana pulak.. Nak pulak ibu ayah bagi Abang keluar rumah.. "

"Ye tak ye kan.. Hehe.. Sabar eh bang.. Nanti Ana belajar rajin-rajin, score macam Abang, dapat la fly ke mana-mana, bebas la sikit. Takmau masuk IPTA macam Abang.. nanti jadi macam ni.." Sambil melebar bibir Ana. Comel je budak ni.

"Hah bagus la tu, sampai hati tinggal Abang sengsorang kat rumah ni.. "

"Eh ibu ayah kan ada.. Ha tak bagitau lagi, kenapa cabut PC abang ni? Kalau tak macam awek dah PC abang ni, makan pun sesame.."

"Abang dah bosan dah dengan PC ni.. Jadi ingat nak buat something.. Ana nak tengok?"

"Em boleh gak, jap Ana taruk beg dalam bilik jap eh.."

"Hah okay.. Nanti dah mandi apa semua, Ana turun lah eh.."

"Tak mandi kot, tak sabar nak tengok apa plan Abang Ana ni.. Mesti best, macam selalu"

Aku senyum je sambil tengok Ana berlari anak mendaki tangga. Comel adik aku ni. I think she get the best from both world. Nampak kejelitaan yang dia warisi dari Ibu, dan kehematan yang diwarisi oleh Ayah, lagi-lagi Ibu Ayah pandai, memang pandai la dia ni.. Sejuk hati Ibu Ayah aku kan.. Tak macam aku.

Lalu aku kembali mengemas mouse dan headphone SteelSeries aku.


Just like the Pied Piper
Led rats through the streets
We dance like marionettes
Swaying to the Symphony 
...Of Destruction


*****


"Ayah dah baaaaaliiiikkkkk~~" Terkejut aku. Fuh. Hah pulang pun Ayah. Baru tengah fikir pasal Ayah, dah sampai. Cepat jugak Ayah balik harini

"Awal balik Ayah? Takde meeting ke? Selalu sebelum maghrib baru sampai.."

"Hahaha, mesti lah balik awal! Harini Ayah nak bawak Ibu kamu pergi date okay? It's our 25th anniversary tau!" Tersengih aku melihat semangat Ayah aku.

"Eh sunyi je, mana si Ana?"

"Oh Ana, ade ha dalam bilik Johan.."

"Bilik Johan eh? Kamu ajar dia buat Physic ke? Ke ajar dia main Need For Speed ni hm?"

"Eh tak.. PC Johan dah cabut dah.. Bosan.."

"Oh yeke.. Nak buat apa dengan PC tu nanti?"

"Haha, ni la, Ana tengah tolong Johan ni Ayah.."

"Hm.. Curious pulak Ayah, jap eh Ayah masuk bilik kamu. Anaaaa, tunggu Ayah!"

"Eh kata nak pergi date, Ibu nya mana? Pergi la mandi dulu.."

"Mandi kemudian la, Ibu pergi Giant beli barang jap. Ayah tengok jap eh.."

"Hah yolah. Nanti kalau Ayah taknak pergi date jangan salahkan Johan.."

"Ish takleh jadi ni, hah yelah Ayah tengok kejaaappp je okay?"

"Ikut suka Ayah lah.. Johan dah bagi warning.." Tanpa menoleh, Ayah meluru ke atas, ke arah bilik aku. Semangat betul Ayah.


*****

"Sayang sorry lambat! Tadi kereta saya kena block dengan kereta Kancil mana ntah.. Nasib baik saya hafal plat nombor dia yang.. Kereta Negeri Sembilan kot, double digit plat dia.. Eh yang?"

"Ayah dalam bilik Johan ni bu, dengan Ana" Jerit aku dari dalam bilik. Ibu ni memang, dia balik je memang laju je cakap dia. Tak perasan dunia dah.

"Ayah kamu ni lambat lagi ke? Yang!"

"Kejap lah bu, Ayah dengan Ana tengah tolong saya ni, Ibu tolonglah bagi cepat sikit Ibu pergi candle light dinner dengan Ayah!" Aku melontarkan suara aku lagi. Malas rasa nak turun tangga 2 tingkat semata-mata nak cerita semua benda ni. Pandai la Ibu.

"Hah yelah, Ibu bersiap dulu, kamu bagitau Ayah cakap kalau lambat Ibu tinggal"

"Okay bu!"


Acting like a robot
Its metal brain corrodes
You try to take its pulse
Before the head explodes
Explodes...


"Yang, cepat lah!" Sambil pintu bilik aku Ibu ketuk. Aduh.. Bisinglah!

"Tak kunci ibu, masuklah!"

"Yang, saya dah lapar ni.. Yang?" Ibu tekan butang lampu. Bilik aku diterangi lampu kalimantang.

"Ya Allah Johan apa kamu buat ni??!" Ibu perlahan rapati dua jasad yang terbujur kaku, satu di atas katil, satu lagi di tepi katil, bermandikan kolam merah.

"Saya cuma gunakan balik komputer saya ibu.. Ibu yang suruh saya fikirkan apa yang patut saya buat, kan..? Cuma saya tak tahu nak buat apa.. "

"Kenapa kamu buat macam ni Joh--" Lidah Ibu kelu apabila dia melihat aku mengangkat desktop aku, tinggi melangit, menutupi cahaya lampu kalimantang.

"Sebab, kan saya dah bagitahu.. saya bosan bu."


The earth starts to rumble
World powers fall
A'warring for the heavens
A peaceful man stands tall
Tall...

No comments:

Post a Comment