selalu aku sering termenung.
di mana salah aku.
di situ? di sana?
dan aku akan ambil masa berhari-hari, cuba memberikan yang jitu.
keputusan yang sempurna.
kadang aku termanggu.
di mana kurangnya lagi.
aku kah? apa kah?
kemudian aku cuma mampu mengutuk di dalam hati tentang kekurangan aku, sambil berperang cuba mengabaikan segala kutukan oleh aku.
sering aku tertanya.
kenapa. kau tak rasa macam aku?
sesal. insaf. kecewa.
benci diri sendiri, melukai.
aneh. kerana ingin dilabel misteri jauh sekali, bukan juga kuantum fizik sains.
dan aku mula persoalkan diri aku.
setiap kali jadi begini, aku buntu. gembirakah melukai orang lain kalau bukan insan yang aku sendiri sangat hargai,
mampukah aku menyakiti mereka?
dan aku padang ke arah lelaki dalam cermin, yang keliru. kenapa aku yang masih dipilih, kalau bukan aku sebab untuk kau berubah?
aku kemudian kembali menyeksa diri dengan seribu tanda tanya.
bila aku lihat manusia yang sibuk menjalankan rutin, aku menambah soalan dibenak aku. mereka juga khilaf, seperti aku. seperti dia. apa yang mereka lakukan untuk mengelakkan benda yang sama berulang?
berubah, jawab teman peperangan jiwa aku. lalu dikaitkan dengan bait kata karamallah hu wajhah.
“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam”
satu hari aku tekad. aku cuma ada dia. aku tak mahu buat dia seksa. dan aku tahu aku rela, sebagai ganti. aku tak mahu dia tersenyum tetapi dia meraung. aku tak mahu aku tersenyum kerana kesalahan aku. aku tak mahu dia tersiat siat dengan hirisan ketidak pedulian aku. kebebalan aku.
aku akhirnya jumpa jawapan aku.
tuhan, bodoh untuk aku buat begini, bukannya menadah tangan, menekan nekan cermin bercahaya pula. cuma aku tak mampu mengadu dengan merintih; jatuh saki baki kekuatan aku. aku lega tanpa riak wajah andaikata aku tak perlu merintih, memuntahkan titisan titisan kekuatan aku, at least not now.
susah untuk aku minta benda yang berulang, tapi kau bantu lah aku. kau tahu aku lemah. kuatkan hati aku. bantu hambamu yang
buntu.
No comments:
Post a Comment