Dikala aku mengarang tulisan ini, aku baru selesai pulang daripada aktiviti seharian yang memenatkan.
Aku tak malu, sesungguhnya untuk mengaku yang aku cintakan dia.
Satu-satunya lelaki yang menjadi kekuatan dan juga kelemahan aku dalam masa yang sama.
Tuhan saja tahu segala pengorbanan dan kasih sayangnya yang tampil secara halus, yang begitu menyentuh hati sebenarnya bila aku terkenangkan kembali.
Kami bagai anjing dan kucing, ada waktu-waktunya. Bercakaran tak kira waktu. Selayaknya akulah kucing- yang sebenarnya sentiasa yang pertama memulakan bara api. Tapi juga tuhan saja yang tahu niat dan perasaannya waktu itu.
Kekok, aku tak cuba berbahasa, tapi cuba menyedari.
Kerana aku sentiasa bahagia.
Selama ini adakah aku memberi juga bahagia?
No comments:
Post a Comment