Takbir raya.
Tahun ni emak kerja shif pagi, pagi-pagi lagi mak sudah bangunkan dan pesan supaya bersiap awal, gosok baju adik-adik dan bapak, bangunkan mereka awal supaya bersiap awal.
Bapak belum bayar zakat lagi.
Tahun ini persiapan pagi raya jatuh ke tangan saya. Seperti di duga, takkan dapat melawan emak.
Kami sampai lambat ke masjid, sipi-sipi solat sunat Aidilfitri bermula. Bapak sempat menunaikan zakat fitrah kami sekeluarga.
Tahun ini, saya dapat saf yang belakang-belakang. Biasanya saya dan emak yang akan sampai paling awal; saf paling depan, juga antara yang pertama atau kedua awal yang sampai ke bahagian perempuan. Tapi kami (saya) lambat, jadi saya dan sepupu saya mampu menunggu sampai jemaah merapatkan saf, baru kami dapat masuk ke dalam saf - di tengah-tengah.
Habis solat, khutbah berkumandang.
Saya mengantuk, malam sebelumnya saya tidak dapat tidur awal, saya tak pasti kenapa. Mungkin saya rindu. Jadi saya antara dengar-tak-dengar khutbah. Saya cuma dapat tangkap tema raya tahun ini apa, selebihnya fikiran saya melayang entah kemana.
Dalam khayalan seorang nihilis, ingatan saya tiba-tiba singgah kepada awak.
Macam mana kalau awak ada dalam kalangan jemaah di sini?
Saya serta-merta malu-malu.
Saya tak malu untuk mengaku yang saya masih akan malu-malu begini jika saya tahu dan maklum awak ada dalam kalangan jemaah di sini dan sentiasa terbayangkan apalah reaksi awak, yang bermain dalam kepala awak semasa mendengar khutbah, bagaimana cara awak duduk, bagaimana tahap kekhusyukkan awak mendengar khutbah - walaupun telah beberapa tahun saya mengenali awak dan mencintai awak.
Dan saya rasa beginilah yang saya akan jadi pada masa-masa akan datang - seorang isteri yang sentiasa berbunga-bunga dalam mencintai suaminya, walaupun beberapa puluh tahun sudah berlalu.
Saya tahu peratus peluang awak untuk geleng kepala / dismissive ialah 99%, tapi tidak mengapa.
Ianya seolah saya mempunyai & menyimpan sesuatu yang saya sangat hargai, those little things that only you can understand and cherish dearly.
No comments:
Post a Comment