Sebenarnya sebab-sebab saya boleh dan suka menulis dengan puitisnya tentang alam dan manusia, bagaimana saya kaitkan antara keduanya dan mencipta dunia virtual dan berseronok, bermain-main di dalamnya adalah kerana sebab yang saya baru saya sedari waktu kini.
Dahulu saya bersendiri, dan saya berkawan baik dengan alam.
Waktu-waktu saya sedih, kosong, bersemangat, puitis, berkecamuk, saya sentiasa lari ke sana - ke taman yang saya ciptakan sebagai taman kegemaran Maria. Dan saya sambungkan ke dua-dua dunia dan berseronok dengan apa yang ada. Dan saya telah terbiasa dengan ketiadaan.
Begitu caranya saya hidup, bersendiri.
No comments:
Post a Comment