Wednesday, 12 February 2014

detik lampu terpadam

seolah olah masa terhenti
gelisah disejat bersama haba
perasaan, tekanan.

neon luar jendela mengintai
menanti

kau masih kelu
walaupun sebenarnya tahu

bahawa,
bila malam tiba,
detik cahaya berhenti memasuki mata,
saat kau bisu tak bersuara,
hati akan mula berbicara.

neon masih setia menunggu,
seolah psikik,
mendengar batin yang tak disedari akal.

No comments:

Post a Comment