Saturday, 20 July 2013

Saya tak boleh tidur. #2

Hati, bila dah bulat, kental.
Macam bumi.

Tapi hari hari diserang sampah angkasa.
Juga serpihan planet lain, kadang-kadang.
Istimewanya bumi, punyai lapisan pendinding sebagai pertahanan diri.
Perkenalkan, Encik Ozon.
Pertahanan terakhir seketul bumi, dari asakan luar,
mengancam bumi, merosakkan bumi.

Sesekali, serangan yang maha hebat gagal disekat Encik Ozon.
Hidupan yang dominon di bumi bertukar.
Menjadi seperti yang ada sekarang, khalifah muka bumi.
Satu benda menjadi ingatan.
Parut itu akan kekal.

Kadang-kadang manusia tu pelupa.
Maaf.
Selalu, manusia lupa.
Bumi ini tugas mereka jaga.
Alpa.
Leka.
Gembira.

Mereka sendiri merosakkan bumi yang mereka amat perlukan.
Yang membolehkan mereka terus hidup.

Mereka sendiri menghakiskan Encik Ozon, sekaligus menipiskan pertahanan terakhir bumi.

Sedangkan asakan dari luar tak pernah kurang.

Walaupun manusia bijak,
Menakrifkan bahawa akan ada meteor yang cukup besar untuk menghancurkan kediaman mereka.
Namun mereka seolah-olah, tidak berkeinginan mempertahankan bumi.

Seolah-olah mereka pasti mereka mampu hidup tanpa bumi.

Dan bumi hanya mampu bulat.

Menahan asakan demi asakan untuk menjaga keharmonian, ironinya, penjaganya.

Serpihan dari merata segenap cakerawala bersedia mengentam bumi.

Batu batu kecil bersaiz 500 meter dipecahkan, menjadi ketulan kecil.
Seterusnya dipecahkan lagi.
Dan lagi.
Sehingga menjadi debu yang tidak lagi memberi amcaman.
Kadang-kadang manusia lupa.

Pengakhirannya setiap benda akan ada penamat.
Tamatnya riwayat bumi ni apabila meteor besar bakal menghentam bumi.
Memecahkan fizikal bumi.
Dan bumi tinggal nama.
Atau matahari mencapai usia yang muktamad.
Lalu sebagai jantung bimasakti, berhenti berfungsi.

Tetapi kenapa nak musnahkan bumi sebelum tarikh luput?

Hentikan lah merosakkan bumi. Ini rayuan aku. Cukuplah.

Biarlah manusia dan bumi saling menjaga antara satu sama lain.

Biarlah bumi selesa membenarkan manusia mendiaminya.

Biarlah bumi dan manusia duduk, melihat batu angkasa, jatuh terbakar, indah menghiasi hidup seharian.

Biarlah.
Korang faham tak aku takleh tidur?

1 comment:

  1. Gila metafora dari awal sampai habis..

    I shall learn how to show that i care, and love.

    ReplyDelete